Saturday 7 June 2014

Paru Goreng Gempah Rangup


Assalamualaikum...
Entry hari ni nak cerita pasal paru goreng. Ramai juga kengkawan Mare yang tidak makan organ dalaman. Tapi Mare ni jenis "tekak asal boleh" dan yang penting HALAL, bedal semua. Biasanya orang masak paru sambal. Tapi tu dah biasa sangat. Mare nak ubah sikit. Kita makan paru goreng rempah rangup. Biasa makan kat kedai mamak tu keras gile ya dak?. Tapi itu pun jalan jugak. Mare nak tunjuk cara masak paru biar hasilnya lembut. Memang best.. meh jeling-jeling resepi..

BAHAN-BAHAN AIR REBUSAN

Paru Lembu 1kg
2 helai Daun Salam (Daun Bay) Kering
Lengkuas di titik (ketuk dengan lesung batu)
Garam

CARA-CARA
Cuci bersih paru. Jangan di hiris. Biarkan seketul. Masuk periuk, dan masukkan semua bahan di atas dan rebus hingga empuk. Ketepikan dan sejukkan kemudian baru hiris dan toskan airnya.

BAHAN-BAHAN PERAM
2 sudu teh ketumbar biji
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
Seinci halia cincang atau tumbuk
bawang putih 2 ulas cincang atau tumbuk
2 batang serai hiris halus atau tumbuk (jangan blend)
sedikit garam
gula
2-4 sudu besar Tepung tempura 

CARA-CARA
Kisar kering ketumbar, jintan putih dan jintan manis. satukan semua bahan kisar dan bahan tumbuk dengan paru tadi tambah gula dan garam ikut citarasa. Gaul rata. Peram sekejap dalam 15 minit. Kemudian ambil tepung tempura dan lumur pada paru. (jangan tambah air). Biar tepung tu melekat pada paru yang lembab-lembab tu. Kalau rempah tu melekat-lekat di tangan, tambahkan 2 sudu besar air dan gaul rata. Panaskan minyak dan goreng.

TIPS DAN PETUA

Paru
Jangan rebus terlalu lama. Kerana jika rebus terlalu lama, paru akan terlalu lembut dan hancur. Tak jadi sekeping-sekeping, tak cantik bila di potong.

Daun bay
Bila merebus paru, daging, tulang, masukkanlah sehelai dua daun bay kering ni sebab daun bay ni meningkatkan rasa lemak pada paru, daging dan tulang.

Blender
Jangan korang blend basah bahan2 perap sebab bila korang blend mesti kena tambah air, ni yang buatkan rempah tanggal bila digoreng. Kena rajin lebih sikit lah ya... Menumbuk tu berat jugak kerjanya. Tapi kalau nakkan hasil yang baik, pengorbanan kena ada.

Tepung Tempura
Beli je mana-mana tepung tempura yang ada di pasaran. Cuma pastikan jangan terlebih air. sebab bila korang letak air terlebih, nanti bila goreng, rempah dan tepung akan tanggal dari paru.

Minyak
Ha.. ni lah perkara yang paling penting dalam menghasilkan paru yang rangup. Minyak mesti banyak. Api mesti kuat. Pastikan minyak dah betul-betul panas baru masukkan paru. Jangan goreng paru sekali serentak semua. Goreng macam kita goreng pisang, masukkan satu-persatu dan selalulah di terbalikkan agar ia rangup sekata. Kalau korang suka makan paru yang rangup diluar dan lembut di dalam, jangan goreng lama sangat. Tapi paru yang macam gini mesti terus makan. kalau simpan, akan jadi lembik bila sejuk hilang rangupnya. Kalau korang suka paru yang garing, masak lama sikit tapi, pastikan api besar semasa mula-mula masukkan paru, lepas 5 minit, tukar ke api sederhana supaya paru masak elok dan tak hangus. Okay cuba jangan tak cuba ya!...

No comments:

Post a Comment