Sunday 1 June 2014

Nasi Goreng Kampung


Masa memula belajar masak, ni lah menu pertama yang mak ajar. Ringkas dan mudah. Tapi pesan mak kalau buat nasi goreng jangan blend. Rasanya tak sama dengan tumbuk. Sampai sekarang mare ingat pesan mak tu. Malas camana pun mesti tumbuk gak. Anak-anak pun suka. Bila lama tak buat, mulalah diaorang request teringinlah... mengidamlah...Mare ni family kuat pedas Jadinya setiap kali buat mesti cili api lebih 10 tangkai. Sesape yang tak tahan pedas tu kurangkanlah ya ikut citarasa korang. Meh tengok resepinya.

Bahan (makan untuk 3 orang)

Nasi sebaiknya nasi semalam
Ikan bilis satu cawan
Bawang besar sebijik
Bawang putih 3 ulas
Cili api 10 tangkai.
Minyak masak 1/2 cawan
Kacang panjang 3 batang


Cara-cara

Kacang panjang potong halus. Hiris bawang supaya senang ditumbuk nanti. Tumbuk bawang besar ngan bawang putih dulu. Lepas tu tumbuk cili. Last sekali tumbuk ikan bilis. Ikan bilis ni tumbuk separuh je. Separuh lagi goreng garing dan ketepikan. Masa tumbuk tu tak perlu lumat sangat. Tumbuk kasar2 je. Kata mak macam ni lagi sedap.




Gunakan minyak goreng ikan bilis tadi, dan tumis bahan yang dah ditumbuk. Masa tumis ni letak le garam dan gula sikit je buat bangkit rasa. Jangan sampai terasa gula tu. Bila dah garing, masukkan nasi putih dan gaul rata-rata. bila dah sebati, barulah masukkan kacang panjang. Masak jangan lama sebab tak mo kacang tu layu sangat. Dah siap. senang kan...

Tips dan Petua:

Nasi
Nasi goreng sebaiknya guna nasi semalam. tapi kalau tak pun tak pe. Bila dah masak nasi, masukkan nasi dalam peti ais dulu dalam sejam gitu cukuplah. Sebabnya nasi goreng sedap kalau nasi tu keras sikit. Tak cantik kalau buat nasi goreng lembik.

Cili
Ini petua mak bila masak guna cili api atau cili akar. Untuk mengelakkan sakit perut lepas makan cili, masa tumbuk cili tu, masukkan tangkai cili satu atau dua. Jangan masukkan semua tangkai ya.. Sebab tangkai cili tu dapat mengelakkan perut memulas selepas makan cili.

Bahan di tumbuk
Buat nasi goreng apa pun, mesti tumbuk. Jangan masuk blender. Lain rasanya. Kurang sedap bila rencah di blend sebabnya bila blend kena tambah air sikit kan... ni yang buat hilang rasanya..

Garam dan gula
Letak ni masa tumis bahan tumbuk. Rasa le dulu. Bila dah cukup garam dan gulanya baru masukkan nasi sebab kalau korang masukkan garam dan gula selepas dah masukkan nasi, nanti garam tak hancur. Bila tengak syok makan tergigit garam... aduh!!... spoilnya ya dak??..

Sayur
Kalau tak de kacang panjang pun boleh ganti dengan kobes atau kangkung. Sedap jugak. Nak lagi terangkat masukkan petai.. Fuh!... tak nampak mak mertua lalu kalau korang letak petai dalam nasi goreng ni.

Telur.
Tips nak tambah telur ialah buat telur hancur dulu dan ketepikan. last sekali baru masukkan telur hancur tadi. Tak tau buat telur hancur?... senang je... gini caranya.. pecahkan telur dlm mangkuk. pukul dan tambah secubit garam. Lepas tu panaskan minyak. Pastikan api jgn kuat sangat. Bila minyak dah panas, masukkan telur dan sentiasa kacau dalam kuali hingga hancur. Bergantung pada selera memasing ya, kalau mare, mare suka telur tu cukup-cukup je masaknya dan tak garing. Minyak kasi lebih sikit.

No comments:

Post a Comment