Saturday 7 June 2014

Sup Bebola Ikan


Assalamualaikum...
Mare panggil ni sup budak-budak sebabnya budak-budak suka sangat makan ni dan sangat simple membuatnya, mak budak dan bapak budak pun suka. Kalau tengah "kurang rajin" atau nak cepat, Mare akan masak ni. Untuk sahur pun sesuai makan panas-panas buat menambah selera makan bila mengantuk. 

BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih hiris
2 ulas bawang merah hiris
Satu kiub ayam @ kiub ikan bilis
Bebola ikan 6 ketul potong
Fish cake 1 batang hiris
Baby corn (jagung)
Carrot (lobak merah)
daun sup hiris
Semangkuk air
Garam dan gula

CARA-CARA
tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan kiub. Tumis hingga garing. Masukkan air dan masukkan baby corn dan carrot. masak hingga empuk. Masukkan garam dan gula ikut citarasa. Kemudian masukkan bebola ikan dan fish cake. Angkat dan hidang dalam mangkuk dan taburkan daun sup. Mudah kan!..

TIPS DAN PETUA

korang boleh tambah ikut suka, tauhu, bunga kobis, brocolli, kobis panjang, suun, tauhu kering dan apa-apa je lah untuk mempelbagaikan citarasanya.

Sesape yang tak suka kiub ayam boleh ganti dengan kiub ikan bilis. Akan dapat rasa yang berbeza. Selamat mencuba!

Paru Goreng Gempah Rangup


Assalamualaikum...
Entry hari ni nak cerita pasal paru goreng. Ramai juga kengkawan Mare yang tidak makan organ dalaman. Tapi Mare ni jenis "tekak asal boleh" dan yang penting HALAL, bedal semua. Biasanya orang masak paru sambal. Tapi tu dah biasa sangat. Mare nak ubah sikit. Kita makan paru goreng rempah rangup. Biasa makan kat kedai mamak tu keras gile ya dak?. Tapi itu pun jalan jugak. Mare nak tunjuk cara masak paru biar hasilnya lembut. Memang best.. meh jeling-jeling resepi..

BAHAN-BAHAN AIR REBUSAN

Paru Lembu 1kg
2 helai Daun Salam (Daun Bay) Kering
Lengkuas di titik (ketuk dengan lesung batu)
Garam

CARA-CARA
Cuci bersih paru. Jangan di hiris. Biarkan seketul. Masuk periuk, dan masukkan semua bahan di atas dan rebus hingga empuk. Ketepikan dan sejukkan kemudian baru hiris dan toskan airnya.

BAHAN-BAHAN PERAM
2 sudu teh ketumbar biji
2 sudu teh jintan putih
2 sudu teh jintan manis
Seinci halia cincang atau tumbuk
bawang putih 2 ulas cincang atau tumbuk
2 batang serai hiris halus atau tumbuk (jangan blend)
sedikit garam
gula
2-4 sudu besar Tepung tempura 

CARA-CARA
Kisar kering ketumbar, jintan putih dan jintan manis. satukan semua bahan kisar dan bahan tumbuk dengan paru tadi tambah gula dan garam ikut citarasa. Gaul rata. Peram sekejap dalam 15 minit. Kemudian ambil tepung tempura dan lumur pada paru. (jangan tambah air). Biar tepung tu melekat pada paru yang lembab-lembab tu. Kalau rempah tu melekat-lekat di tangan, tambahkan 2 sudu besar air dan gaul rata. Panaskan minyak dan goreng.

TIPS DAN PETUA

Paru
Jangan rebus terlalu lama. Kerana jika rebus terlalu lama, paru akan terlalu lembut dan hancur. Tak jadi sekeping-sekeping, tak cantik bila di potong.

Daun bay
Bila merebus paru, daging, tulang, masukkanlah sehelai dua daun bay kering ni sebab daun bay ni meningkatkan rasa lemak pada paru, daging dan tulang.

Blender
Jangan korang blend basah bahan2 perap sebab bila korang blend mesti kena tambah air, ni yang buatkan rempah tanggal bila digoreng. Kena rajin lebih sikit lah ya... Menumbuk tu berat jugak kerjanya. Tapi kalau nakkan hasil yang baik, pengorbanan kena ada.

Tepung Tempura
Beli je mana-mana tepung tempura yang ada di pasaran. Cuma pastikan jangan terlebih air. sebab bila korang letak air terlebih, nanti bila goreng, rempah dan tepung akan tanggal dari paru.

Minyak
Ha.. ni lah perkara yang paling penting dalam menghasilkan paru yang rangup. Minyak mesti banyak. Api mesti kuat. Pastikan minyak dah betul-betul panas baru masukkan paru. Jangan goreng paru sekali serentak semua. Goreng macam kita goreng pisang, masukkan satu-persatu dan selalulah di terbalikkan agar ia rangup sekata. Kalau korang suka makan paru yang rangup diluar dan lembut di dalam, jangan goreng lama sangat. Tapi paru yang macam gini mesti terus makan. kalau simpan, akan jadi lembik bila sejuk hilang rangupnya. Kalau korang suka paru yang garing, masak lama sikit tapi, pastikan api besar semasa mula-mula masukkan paru, lepas 5 minit, tukar ke api sederhana supaya paru masak elok dan tak hangus. Okay cuba jangan tak cuba ya!...

Tuesday 3 June 2014

Kentang Mayoneise



Assalamualaikum,

Empunya resepi ni seorang kakak yang tak pernah lokek dengan ilmu. Alfatihah buat kak bibah semoga roh beliau mendapat rahmat dari Allah. Pertama kali Mare makan, arwah bagi Mare semangkuk. Memang tak cukup kami 3 beranak makan. Mare memang penggemar kentang. Tak kisahlah kentang tu di masak camana pun, memang mare suka. Sesape yang suka kentang, bolehlah belek-belek resepi di bawah ya. Ini sedekah dari arwah yang Mare panjangkan untuk korang semua.

BAHAN-BAHAN
Kentang 1kg
1 Kiub Ayam
Bawang Putih 10 ulas
Lada hitam
Daun Sup
Butter
Mayoneise

CARA-CARA
Kupas kulit kentang dan potong 4.
Rebus kentang dan masukkan kiub ayam dan gula ke dalam air rebusan kentang. Air biar paras2 aje tak mo banyak sangat sebab rebus kentang sampai airnya kering supaya perisa kiub ayam dapat meresap ke dalam kentang. Tuskan sebarang air yang ada dan masukkan kentang ke dalam mangkuk.
Cincang atau tumbuk bawang putih dan tumis dengan butter. Masukkan lada hitam. Kalau nak pedas, masukkan cili api sikit (he..he... Mare ni semua benda nak tambah cili... ikut koranglah ya). Dah tumis, tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk kentang. tabur daun sup dan masukkan mayonaise. Gaul sebati dan hidangkan panas-panas.

Tips dan Petua

Kentang
Seeloknya guna kentang kuning. sebab kentang putih agak tawar rasanya. Nak lagi sedap korang guna kentang merah. Ada ke kentang merah?... mesti korang tak pernah jumpa. Mahal sikit tapi sedap. Kulitnya warna merah.

Kiub Ayam
Letak kiub ayam tu agak2 ya sebab kuib ayam ni agak masin. sebab tu Mare letak gula. Bila air rebus tu kering, kemasinan kiub ayam ni akan meresap ke dalam kentang. make sure kalau sekilo kentang tu 1 kiub dah cukup. kalau korang masak tak sampai sekilo, pepandai korang lah nak agak2 kuantiti kiub ayam tu.

Bawang Putih
Sebenarnya bawang putih ni terbanyak tak pe. Ia menyedapkan lagi. Cuma jangan kurang garing. biar garing sikit ya...

Hidangan
Ni boleh jadi untuk breakfast atau pun makan dengan roti. dan boleh jugak korang jadikan side dish bila korang buat steak atau chicken chop sebagai ganti mash potato. Berbeza sikit kan... lebih special gitu!!

Kek Batik Mare



Assalamualaikum...

Ha..ha.. Mare nak cerita kisah kek batik. Dulu Mare dah banyak kali cuba buat kek batik ni. Kali pertama buat, dapat resepi kata tak payah di masak. Tuang aje semua dan masuk peti sejuk. buat le... tak jadi... lembik semua.. sedih... lepas tu dapat resepi lain kata kena di masak, masukkan dalam loyang dan potong... bolehlah jadi tapi melekat gile, so bila potong pun tak lawa...Lepas tu dapat resepi letak telur... pun tak sedap sebab rasa hanyir telur tu... akhirnya mare buat resepi sendiri dan cara sendiri.. Jom belek2 resepi Mare

BAHAN-BAHAN
Biskut Marrie 1 bungkus
Milo satu packet yang sederhana besar
Susu Cair 1 tin
Butter 1 buku
Nescafe 1 sudu teh

CARA-CARA
Tuang semua bahan dalam kuali (Kecuali biskut). Masak atas kuali. Sentiasa kacau hingga pekat. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut, kacau hingga rata. Kemudian ambil loyang, alas dengan plastik keliling ya, bawah dan keliling. Mare guna plastik sampah yang biru gunting bawahnya dan gunting bagi jadi sehelai. masukkkan adunan tadi kedalam loyang yang dah di selubung dgn plastik dan tekan guna plastik jugak. Bila dah tekan bagi padat, masukkan dalam peti sejuk 2 jam. Lepas tu baru potong.

Tips dan petua

Biskut marrie
Di pasaran dan banyak brand biskut marrie ni. Tak kisahlah nak gunakan yang mana. Sekarang pun ada biskut marrie perasa coklat. tapi Mare suka yang biasa. Boleh jugak korang tak payah patah2kan. lapiskan je dalam loyang... Mare tak cukup rajin nak buat gitu.. Tapi kalau korang gaul sekali dalam kuali tanpa patahkan, mcm susah nak gaul dan akan terpatah jugak. Satu lagi Mare letak biskut selepas tutup api sebab tak mau biskut jadi lembik. Biskut kekal rangup lebih sedap.

Susu
Resepi asal guna susu pekat manis. Mare tak suka. Mare saje ubah guna susu cair dan boleh juga guna susu segar atau creamer. kalau korang guna creamer mesti letak secawan air. Tujuan ganti susu pekat kepada susu cair sebab mare tak nak kek ni terlalu manis. Sebab tu kalau korang perasan mare tak tambah gula jugak. Sebab milo dah manis, biskut pun dah manis... aduh!!.. karang kena kencing manis kang kalau semua nak manis... Pastikan adunan jadi pekat ya sebab kita pakai susu cair.

Nescafe
Ha..ha..ha... ini satu lagi yang tak de dalam mana2 resepi kek batik.. kenapa mare letak nescafe? Sebabnya nescafe akan menaikkan lagi rasa coklat. Kalau korang buat apa-apa resepi yang menggunakan cokolat, letaklah sedikit nescafe, akan berbeza rasanya tau!... lebih sedap!! Kadang2 bila kat rumah ada lebihan koko powder pun mare belasah buh sekali dalam resepi ni...

Butter
Pernah sekali tu Mare buat kek batik sebab mak teringin nak makan, agak kelam kabut masa tu.. bila dah selesai, rasa macam ada yang kurang, rupanya Mare lupa letak butter. Jadi jugak. Dan sedap jugak. Cumanya tidak berkilat dan agak keras. Dan paham2 le kan bila tak de rasa butter.. The point is, kalau korang tak de butter pun kek korang akan jadi jugak. Habis jugak dimakan.

Plastik
Yang ni Mare punya idea sendiri setelah beberapa kali buat asik melekat dan dipotong tak cantik. Seriously korang akan puas hati sebab bila dah sejuk, korang angkat je plastik dan tanggalkan... sangat cantik kek korang bila balut dgn plastik loyang tu. Pastikan plastik tu kurang berkedut masa korang masukkan adunan tu. Nanti bila korang tanggalkan plastik tak de lah kek pun tertanggal sama.... Tak pe... bila dah buat dan ada pengalaman, mesti korang faham apa maksud Mare ni.

Kacang & Kismis
Ha.. ni satu lagi tambahan yang boleh korang letak. Nak bagi sedap. Tambahlah kacang tanah goreng ke, badam goreng ke, almond ke, walnut ke, ataupun kismis... boleh di pelbagaikan ikut creativiti memasing. Tapi make sure letak ni sekali dengan biskut. Jangan letak awal nanti tak garing. Tapi kismis boleh letak awal, bagi kismis kembang, bila tergigit very the juicy the kismis... muah... marvelous!!!


Udang Nestum



Assalamualaikum,
Hari ni nak bagi resepi udang nestum yang sangat sedap. Serius!.. lebih sedap dari udang goreng butter. Mare dapat resepi ni dari kakak sepupu. masa tu dia buat udang nestum untuk makan beradat another sepupu kahwin. Masak untuk makan beradat meja pengantin, manalah kita dapat rasa... mestilah keluarga pengantin lelaki dan pempuan yang dapat rasa.. tu yang mintak resepi tu.. tapi Mare olah ikut selera Marelah ya... Jom layan!...


BAHAN-BAHAN
Udang besar
Cili api hiris
Daun kari
Butter, 
gula
garam,
Nestum
Telur
Susu segar


CARA-CARA

Tumis cili dan daun kari hingga garing dgn butter dan asingkan. Goreng udang dengan butter dan ketepikan. Masak telur, garam dan susu gaul sentiasa hingga pekat dan masukkan udang tadi dan ketepikan. Goreng nestum dgn butter dan sedikit gula dan asingkan. Akhir sekali di atas api, masukkan kesemua bahan dan gaul rata.


Tips dan Petua

Kuantiti bahan
Yang ni mar tak letak sebabnya sememangnya ikut agak2 je. Telur tu sebiji dah cukup, just untuk pekatkan je.

Butter
Sebenarnya butter bila kita panaskan, akan cepat hangus. Jadi untuk mengelakkan butter cepat hangus, api mesti kecil dan campurkan sikit minyak masak setiap kali korang panaskan butter.

Udang
Udang jangan masak terlalu lama. Sebab kalau lama sangat dimasak, udang jadi keras. Bila dah bertukar ke warna oren je terus angkat.

Daun kari
Mare kalau masak udang nestum ni, daun kari memang banyak. Aroma daun kari tu yang menambahkan kelazatan udang nestum. Pastikan daun kari ni garing tau barulah sedap. Tapi jangan sampai hangus pulak.

Quiche Super Easy



Assalamualaikum,
Emm... ni nak cerita pasal quiche... Quiche ni makanan orang France sebenarnya. Tapi  quiche yang Mare nak tunjuk ni yang tersangatlah shot-cut dan senang. Buat breakfast untuk anak2 suka beno le... Ringkas, berkhasiat dan sedap. Maklumlah zaman rushing ni... dalam keadaan ibu-ibu yang bekerja... tapi masih nak hidangkan makanan yang berkhasiat dan dari air tangan sendiri mestilah menitikberatkan ketiga-tiga elemen utama ni... ringkas, berkhasiat dan sedap. Selain untuk breakfast, kalau buat birthday party untuk anak-anak pun sesuai jugak sebab kanak-kanak memang suka. Jom kita terjah resepinya!

BAHAN-BAHAN
Roti Gardenia Putih
Telur 3 biji
Cheese 3 keping
Susu segar 1/4 cawan
Sosej 3 batang
Cendawan Butang
Kiub ayam 1/2 je
Lada hitam
Garam & Gula

CARA-CARA
Panaskan oven dulu ya. Gelekkan roti gardenia tu. Dan masukkan dalam acuan muffin. Gunting roti yang lebih2 tu untuk bagi nampak cantik je dan ketepikan.
Cheese, cendawan dan sosej tu cincang atau buat dadu. gaul semua bahan dan pastikan kiub ayam korang tu larut betul2 ya. Lepas tu sudukan bahan2 kedalam roti yang dalam acuan muffin tu. Bakar le sampai masak lebih kurang 20 minit. Tapi bergantung pada oven korang.. Mare tak guna oven canggih pun. Mare guna oven butterfly yang hitam tenggek atas dapur tu je. Tak pandailah nak guna oven karen-karen tu... sebabnya Mare senang nak control api bila tenggek atas dapur gas biasa tu... Bagi Mare, mcm tu lagi mudah... Oven Mare tu.. temperature pun dah tak de... so ikut agak2 je kepanasannya... 

Tips dan petua

Telur
Telur sebenarnya bertindak sebagai agen mengentalkan adunan ni. Sebab tu telur agak penting dalam resepi ni. Kalau korang kurangkan telur, kemungkinan quinche korang tu akan cair. So tak bestlah kan...

Cara Lain
Boleh jugak korang buat gini... korang panaskan bahan-bahan yang dah korang campur tu atas api. Kacau sentiasa sampai agak kental. Jgn kental sangat nanti susah nak sudu. Dah agak kental, baru sudukan masuk dalam roti dan bakar. Tapi buat cara gini, cheese semua sebati.. agak berbezalah rasanya bila ada cheese seketul2... ataupun jangan masukkan cheese masa atas api. bila dah tuang atas roti baru tabur cheese...

Oven
Kalau korang guna oven butterfly hitam ni... mesti letak tudung periuk kat belah bawah dia sebab tak mau api korang direct sangat dengan loyang muffin tu. Sebabnya nanti bawah hangus tapi inti tak masak lagi. Masak kek ke muffin ke, sentiasa letak tudung periuk tu..


Risoles (Kuih Indonesia)



Hari ni Mare nak bagi satu resepi istimewa dari seberang. First time makan masa tahun 1988... fuh! berkurun dulu... tapi kesedapannya terkenang sampai sekarang.... bertahun-tahun cari kuih ni... akhirnya Mare jumpa jugak kat satu restoran di Seksyen 13 Shah Alam. Lupa nama restoran tu. Boleh dapat kuih ni time breakfast. Restoran ni coner lot satu baris dgn Bagus Bakery kat Seksyen 13 tu. Selang 2 pintu je dgn Bagus Bakery yg jual peralatan baking tu.... Meh jengah resepinya ya.

BAHAN-BAHAN

BAHAN KULIT (buat macam lempeng)
130g tepung serbaguna @gandum
2 biji telur
200ml susu segar
Garam

Minyak

BAHAN INTI (tumis seperti biasa)
1 biji bawang besar dadu
2 ulas bawang putih dadu
200g udang@ayam@daging dadu
3 sudu makan sayur carot & jagung
1 batang saleri
1 biji cili merah cincang
Lada Sulah
Garam dan Gula
CARA-CARA
Letak inti atas kulit dan gulung. Celup telur dan golek atas serbuk roti. Rehatkan seketika di dalam peti sejuk dan goreng

Tips dan Petua

Kulit
Masa buat kulit ni, tak payah terbalikkan masa masak. Tapi masa korang masukkan inti, pastikan bahagian yang kena kuali belah atas. Sebabnya nanti bila kita gulung, cantik licin je. Tak delah yang terbakar tu di luar. Paham dak?... pahamlah kot ya... Nak bagi lekat, letaklah telur sebab telur ni mcm gam le. Oh ya... lagi satu jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat... buat senipis mcm kuih ketayap gitu...

Inti
Sedap kalau letak udang atau ayam. Daging kurang sesuai, walaupun ok gak. Inti ni biar rasanya manis sikit jangan terlebih masin. 

Kuali
Kuali untuk kulit ni sebaiknya gunalah kuali leper dan non-stick. Tapi kalau korang hebat mengolek dalam kuali biasa pun tak de masalah... boleh je... Ok.. Selamat mencuba..

Sunday 1 June 2014

Nasi Goreng Kampung


Masa memula belajar masak, ni lah menu pertama yang mak ajar. Ringkas dan mudah. Tapi pesan mak kalau buat nasi goreng jangan blend. Rasanya tak sama dengan tumbuk. Sampai sekarang mare ingat pesan mak tu. Malas camana pun mesti tumbuk gak. Anak-anak pun suka. Bila lama tak buat, mulalah diaorang request teringinlah... mengidamlah...Mare ni family kuat pedas Jadinya setiap kali buat mesti cili api lebih 10 tangkai. Sesape yang tak tahan pedas tu kurangkanlah ya ikut citarasa korang. Meh tengok resepinya.

Bahan (makan untuk 3 orang)

Nasi sebaiknya nasi semalam
Ikan bilis satu cawan
Bawang besar sebijik
Bawang putih 3 ulas
Cili api 10 tangkai.
Minyak masak 1/2 cawan
Kacang panjang 3 batang


Cara-cara

Kacang panjang potong halus. Hiris bawang supaya senang ditumbuk nanti. Tumbuk bawang besar ngan bawang putih dulu. Lepas tu tumbuk cili. Last sekali tumbuk ikan bilis. Ikan bilis ni tumbuk separuh je. Separuh lagi goreng garing dan ketepikan. Masa tumbuk tu tak perlu lumat sangat. Tumbuk kasar2 je. Kata mak macam ni lagi sedap.




Gunakan minyak goreng ikan bilis tadi, dan tumis bahan yang dah ditumbuk. Masa tumis ni letak le garam dan gula sikit je buat bangkit rasa. Jangan sampai terasa gula tu. Bila dah garing, masukkan nasi putih dan gaul rata-rata. bila dah sebati, barulah masukkan kacang panjang. Masak jangan lama sebab tak mo kacang tu layu sangat. Dah siap. senang kan...

Tips dan Petua:

Nasi
Nasi goreng sebaiknya guna nasi semalam. tapi kalau tak pun tak pe. Bila dah masak nasi, masukkan nasi dalam peti ais dulu dalam sejam gitu cukuplah. Sebabnya nasi goreng sedap kalau nasi tu keras sikit. Tak cantik kalau buat nasi goreng lembik.

Cili
Ini petua mak bila masak guna cili api atau cili akar. Untuk mengelakkan sakit perut lepas makan cili, masa tumbuk cili tu, masukkan tangkai cili satu atau dua. Jangan masukkan semua tangkai ya.. Sebab tangkai cili tu dapat mengelakkan perut memulas selepas makan cili.

Bahan di tumbuk
Buat nasi goreng apa pun, mesti tumbuk. Jangan masuk blender. Lain rasanya. Kurang sedap bila rencah di blend sebabnya bila blend kena tambah air sikit kan... ni yang buat hilang rasanya..

Garam dan gula
Letak ni masa tumis bahan tumbuk. Rasa le dulu. Bila dah cukup garam dan gulanya baru masukkan nasi sebab kalau korang masukkan garam dan gula selepas dah masukkan nasi, nanti garam tak hancur. Bila tengak syok makan tergigit garam... aduh!!... spoilnya ya dak??..

Sayur
Kalau tak de kacang panjang pun boleh ganti dengan kobes atau kangkung. Sedap jugak. Nak lagi terangkat masukkan petai.. Fuh!... tak nampak mak mertua lalu kalau korang letak petai dalam nasi goreng ni.

Telur.
Tips nak tambah telur ialah buat telur hancur dulu dan ketepikan. last sekali baru masukkan telur hancur tadi. Tak tau buat telur hancur?... senang je... gini caranya.. pecahkan telur dlm mangkuk. pukul dan tambah secubit garam. Lepas tu panaskan minyak. Pastikan api jgn kuat sangat. Bila minyak dah panas, masukkan telur dan sentiasa kacau dalam kuali hingga hancur. Bergantung pada selera memasing ya, kalau mare, mare suka telur tu cukup-cukup je masaknya dan tak garing. Minyak kasi lebih sikit.